Page 106 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 106

3.  Memberikan penerangan tentang sesi soal jawab.
                                 •  Sekiranya murid pernah membantu jiran, ucapkan terima kasih

                                     kerana telah melakukan kebaikan kepada jiran.
                                 •  Sekiranya  murid  menyatakan  belum  pernah  membantu  jiran,

                                     maka ucapkan kepada mereka bahawa akan ada peluang untuk
                                     membantu  jiran  selepas  ini.  Gunakanlah  peluang  yang  ada
                                     dengan sebaiknya untuk berbakti kepada jiran.

                                 •  Terangkan  bahawa  membantu  jiran  merupakan  salah  satu
                                     contoh amalan kerajinan terhadap jiran.

                                 •  Selepas  mendengar  apa  yang  murid  pernah  lakukan  untuk
                                     membantu jiran, puji mereka dan doakan semoga mereka terus

                                     rajin membantu jiran yang memerlukan.
                                 •  Terangkan kepada murid, bahawa mungkin hari ini jiran dalam
                                     kesusahan dan murid perlu rajin membantu mereka. Pada masa

                                     akan  datang,  kalau  murid  dalam  kesusahan,  jiran  akan
                                     membantu kita pula.


                       4.  Murid membuat Latihan Pentaksiran 1. Ibu bapa dimohon agar mengawasi
                          murid  membuat  latihan  tersebut  kerana  murid  perlu  menggunakan

                          peralatan  gunting  untuk  menggunting  gambar.  Latihan  ini  melibatkan
                          aktiviti gunting dan tampal.






































                                                                                                      106
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111