Page 128 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 128
Pembelajaran 1
Nilai Kerjasama
Standard 12.0 Amalan Kerjasama dalam Hidup Berjiran.
Kandungan
Standard 12.1 Memberikan contoh amalan kerjasama dalam hidup
Pembelajaran berjiran.
Objektif 1. Murid dapat menyenaraikan contoh amalan kerjasama dalam
Pembelajaran hidup berjiran secara bertulis.
Standard Tahap Penguasaan 1
Prestasi Menyatakan contoh amalan kerjasama dalam hidup berjiran.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud kerjasama.
• Kamus Bahasa Melayu:
i. Kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-
menolong, gotong-royong.
ii. Kerja (usaha) bersama-sama atau saling membantu
antara dua atau beberapa pihak.
iii. Sumbangan pelbagai rupa yang berbentuk bantuan
tenaga, sokongan, persefahaman dari satu pihak kepada
pihak yang lain untuk faedah bersama.
• Maksud kerjasama daripada DSKP:
i. Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan
bersama.
2. Bersoal jawab tentang contoh amalan kerjasama dalam hidup berjiran.
Soal jawab ini adalah berdasarkan kepada buku teks Pendidikan Moral
halaman 101.
128

