Page 130 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 130
• Apakah yang berlaku sekiranya orang dalam gambar tidak
melakukan perbuatan yang ditunjukkan dalam gambar?
3. Justifikasi / penerangan terhadap maklum balas yang diberikan oleh
murid semasa sesi soal jawab.
• Terdapat beberapa orang sedang membersihkan jalan raya
daripada pokok yang sudah tumbang. Seramai 7 orang terlibat
dalam situasi tersebut iaitu 3 orang ialah orang dewasa
manakala 4 orang yang lain ialah murid sekolah.
• Sekiranya mereka tidak membersihkan jalan raya tersebut,
para pemandu kereta atau penunggang motosikal tidak dapat
menggunakan jalan tersebut.
4. Bersoal jawab sesi kedua dengan murid tentang pendapat mereka.
• Pada pendapat kamu, bolehkah perbuatan tadi dilakukan oleh
seorang sahaja?
• Apakah yang akan berlaku sekiranya hanya seorang sahaja yang
melakukan perbuatan tersebut.
5. Justifikasi / penerangan terhadap maklum balas yang diberikan oleh
murid semasa sesi soal jawab yang kedua.
• Perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan oleh seorang sahaja,
tetapi mestilah melibatkan ramai orang.
• Sekiranya hanya seorang sahaja yang melakukan perbuatan
tersebut, maka dia akan menjadi sangat penat, malah tidak
dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kadar
segera.
6. Terangkan kepada murid, itulah yang dimaksudkan dengan kerjasama
iaitu melakukan sesuatu perkara yang melibatkan ramai orang. Contoh
amalan kerjasama dalam hidup berjiran ialah seperti yang dilihat dalam
gambar iaitu bekerjasama untuk membersihkan kawasan jalan raya, iaitu
mengutip dahan dan ranting yang patah, mengalihkan batang pokok yang
menutup laluan jalan raya.
7. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
130

