Page 134 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 134
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang cara untuk mengekalkan amalan kerjasama dalam
hidup berjiran.
• Kalau kamu seorang yang sering berkurung dalam bilik dan
enggan bertegur sapa dengan jiran, dapatkah kamu
mengekalkan amalan kerjasama dengan jiran?
• Kalau kamu seorang yang mementingkan diri sendiri, dapatkah
kamu mengekalkan amalan kerjasama dengan jiran?
2. Penerangan / justifikasi terhadap sesi soal jawab:
• Sekiranya kamu tidak pernah berusaha untuk bertegur sapa
walaupun sekadar berkata “hai” kepada jiran, kamu mungkin
tidak dapat menyertai apa-apa program yang melibatkan
kerjasama dengan jiran. Hal ini kerana jiran-jiran kamu juga
kurang mengenali kamu dan segan untuk mengajak kamu
bekerjasama melaksanakan program.
• Sekiranya kamu seorang yang sombong dan mementingkan diri
sendiri, kamu mungkin tidak dapat membantu mengekalkan
amalan kerjasama dengan jiran kerana ada jiran yang akan
berasa tidak selesa dengan sikap kamu.
3. Pengajaran daripada sesi soal jawab dan penerangan:
• Kamu perlu berusaha untuk bertegur sapa dengan jiran
walaupun sekadar berkata “hai” agar kamu dan jiran tidak
berasa segan untuk saling mengajak bersama-sama
melaksanakan apa-apa program kejiranan.
• Kamu perlu menjauhi sikap mementingkan diri sendiri dan
menjadi seorang yang mudah didekati oleh jiran-jiran. Barulah
jiran berasa selasa dengan kamu dan sentiasa mengajak kamu
untuk terlibat dalam apa-apa program kejiranan.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 2. Ibu bapa boleh membantu
membimbing murid menjana idea untuk menjawab latihan, tetapi elakkan
daripada memberi terus jawapan kepada murid.
134

