Page 151 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 151
• Apakah 4 amalan kesederhanaan dalam hidup berjiran yang
ditunjukkan dalam gambar?
• Pernahkah kamu mengalami situasi seperti dalam gambar?
3. Justifikasi / penerangan terhadap sesi soal jawab:
• Gambar pertama: Jiran bersederhana dalam memakai hiasan
sewaktu menyambut perayaan dengan rakan-rakan.
• Gambar kedua: Jiran bersederhana untuk mendapatkan kuih
raya iaitu menyediakan kuih raya bersama-sama jiran, tidak
perlu berbelanja berlebihan.
• Gambar ketiga: Jiran bersederhana dalam berbelanja iaitu
membeli barang di kedai barangan terpakai.
• Gambar keempat: Jiran bersederhana dengan menggunakan
pakaian unit beruniform yang telah diberikan oleh jiran yang
lain.
• Kalau murid pernah mengalami situasi seperti dalam gambar,
ucapkan syabas kepada mereka kerana telah memiliki sikap
kesederhanaan.
• Sekiranya murid menyatakan belum pernah mengalami situasi
seperti dalam gambar, berikan kata-kata motivasi dan ingatkan
murid bahawa dia masih dalam proses belajar nilai
kesederhanaan. Selepas belajar nilai ini, barulah dia dapat
mengaplikasikan nilai tersebut dalam hidup berjiran.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
151

