Page 156 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 156
Fahami situasi. Padankan cara bersikap sederhana dalam hidup berjiran yang telah
digunting tadi dengan situasi yang betul. Tampalkan pilihan jawapan yang telah
digunting pada ruang di bawah.
SITUASI CARA BERSIKAP SEDERHANA
1. Kamu bertangguh membuat kerja
sekolah kerana ingin menyertai majlis
perasmian balai raya di kawasan
kejiranan kamu.
2. Jiran kamu meminta sedikit sumbangan
untuk membantu kos rawatan anaknya.
Kamu pula ingin membeli alatan
keperluan sekolah.
3. Kamu mengambil makanan terlalu
banyak ketika majlis perkahwinan abang
jiran. Tetamu yang datang pula semakin
bertambah ramai.
4. Kamu dan adik bermain buaian terlalu
lama di taman. Anak-anak jiran yang lain
pula menunggu giliran untuk bermain
buaian.
5. Jiran membenarkan kamu memetik buah
rambutannya. Kamu dan rakan telah
memetik buah dengan banyak.
6. Kamu tidak memulangkan buku yang
dipinjam daripada jiran lebih sebulan
yang lalu.
6
156

