Page 166 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 166

Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

                       1.  Untuk Latihan Pentaksiran 5, murid dikehendaki untuk merakam video

                          yang menunjukkan rutin kehidupan seharian.
                                 •  Video tersebut  perlu  mengandungi  usaha  mengamalkan sikap

                                     sederhana dalam hidup berjiran.

                       2.  Murid menyenaraikan terlebih dahulu apa amalan sikap sederhana yang

                          boleh  dilakukan  pada  hari  ini.  Ibu  bapa  boleh  membantu  murid  untuk
                          menjana idea.

                                 •  Senaraikan sekurang-kurangnya 4 amalan.
                                 •  Contohnya:
                                         i.  Mendengar  muzik  dengan  suara  perlahan  agar  tidak

                                            mengganggu jiran
                                        ii.  Bergilir-gilir bermain buaian di taman permainan

                                        iii.  Berkongsi permainan dengan jiran dan tidak menunjuk-
                                            nunjuk
                                        iv.  Membuat perancangan perbelanjaan membeli peralatan

                                            tulis dan buku secara berjimat-cermat
                                         v.  Mengambil makanan yang mencukupi sewaktu menziarahi

                                            jiran dan dihidangkan dengan makanan

                       3.  Selepas itu, murid boleh mula merakam video rutin kehidupan seharian.

                          Durasi  video  tidak  perlu  terlalu  panjang,  cukup  sekadar  dapat
                          menunjukkan  sekurang-kurangnya  dua  amalan  sikap  sederhana  murid

                          dalam hidup berjiran.
                                 •  Selepas  siap,  video  boleh  dimuatnaik  ke  dalam  Youtube,
                                     Facebook,  Instagram  atau  mana-mana  media  sosial  yang

                                     dimiliki  dengan  tujuan  dapat  dijadikan  contoh  oleh  rakan
                                     sebaya di kawasan kejiranan.


















                                                                                                      166
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171