Page 40 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 40

Aktiviti Tambahan 1:

               Lengkapkan ayat dengan jawapan yang betul.



                 Ah  Chong  telah  jatuh  daripada  tangga.  Kakinya  telah  luka.  Amin  telah

                 membantu Ah Chong dengan _______________ lukanya dengan segera.







                  Muthu  bangun  lewat  dan  terlepas  bas  sekolah.  Jirannya  Boon  Tat  telah
                  _____________ Muthu ke sekolah dengan keretanya.








                  Jeevan kehabisan wang sakunya untuk perbelanjaan sekolah. Jirannya Ahmad
                  ________________ wang kepada Jeevan.






                  Pak  Cik  Hamid  meminta jirannya  Kaliamah untuk membelikan  surat khabar.

                  Kaliamah ________________  surat  khabar  untuk  Pak Cik Hamid  di  kedai
                  berhampiran rumahnya.





                  Ali, Maran dan Kassim merupakan jiran yang  saling menyayangi antara satu

                  sama lain. Mereka sentiasa bermain ________________ di taman permainan
                  setiap petang.





                  Keluarga  Pak  Mat  sering  menziarahi  jirannya  yang  uzur  apabila

                  berkesempatan. Amalan ini telah mengeratkan _______________ di antara
                  keluarga Pak Mat dan jirannya.





                  Balan  sering  peka  terhadap  keperluan  keluarga  Cheong  yang  mempunyai
                  banyak anak. Dia selalu memberikan makanan lebihan untuk mereka. Perbuatan

                  ini telah meningkatkan ________________ di antara mereka.

                                                                                                       40
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45