Page 35 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 35
Pembelajaran 2
Nilai Hormat
Standard 6.0 Hormati Jiran
Kandungan
Standard 6.3 Mengkaji kelebihan amalan menghormati jiran.
Pembelajaran
Objektif 1. Murid dapat menjelaskan sekurang-kurangnya tiga daripada
Pembelajaran empat kelebihan amalan menghormati jiran.
Tahap Penguasaan 3
Standard
Prestasi Menghubungkait amalan menghormat jiran dengan
kelebihannya.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang kelebihan amalan menghormati jiran.
• Apakah yang akan berlaku sekiranya kamu merendahkan suara
radio apabila mendengar jiran melakukan upacara sembahyang?
• Apakah yang akan berlaku sekiranya kamu dengan sengaja telah
menyediakan makanan seperti daging kepada jiran yang
beragama Hindu?
2. Justifikasi atau penerangan berdasarkan sesi soal jawab.
• Sekiranya kamu berkelakuan menghormati jiran contohnya
merendahkan suara radio apabila mendengar jiran melakukan
upacara sembahyang, kamu telah dapat membantu jiran untuk
lebih fokus melaksanakan upacara keagamaannya.
• Sekiranya kamu berkelakuan tidak menghormati jiran iaitu
contohnya menyediakan daging kepada jiran yang beragama
Hindu, kamu telah menyebabkan jiran terasa hati dan mahu
menjauhi kamu.
3. Murid membuat latihan Pentaksiran 2.
35

