Page 60 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 60
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Untuk standard pembelajaran ini, murid diharapkan dapat menunjukkan
tingkah laku bersikap adil terhadap jiran.
• Ibu bapa atau penjaga boleh memberikan arahan kepada anak untuk
membahagikan makanan kepada jiran.
• Contohnya, membahagikan makanan seperti buah rambutan.
Perhatikan sekiranya anak mengagihkan makanan secara sama rata
atau berlaku tindakan tidak adil.
• Sekiranya anak mengagihkan buah rambutan tersebut secara sama
rata, kemudian selepas selesai, dia menunjukkan ekspresi muka
gembira dan berpuas hati, maka dia telah melaksanakan standard
pembelajaran ini serta mencapai objektif pembelajaran.
• Contoh tindakan adil yang boleh dilakukan oleh anak:
i. Menghasilkan kad ucapan kepada sekurang-kurangnya lima
orang jiran.
ii. Berkongsi alat permainan secara adil dengan jiran.
iii. Memuji semua jiran tanpa mengira kaum atau agama,
contohnya memuji kawasan halaman rumah bersih, memuji
haiwan peliharaan mereka comel dan sihat dan sebagainya.
2. Selain itu, anak / murid juga boleh membuat Latihan Pentaksiran 5.
60

