Page 65 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 65
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bincangkan maksud keberanian.
• Kamus Bahasa Melayu:
i. Gagah, bukan pengecut.
ii. Tidak takut, tabah menghadapi bahaya, kesulitan dan lain-lain.
• Maksud keadilan daripada DSKP:
i. Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah.
2. Bersoal jawab tentang contoh sikap berani terhadap jiran demi
kesejahteraan bersama.
• Kalau ada jiran kamu yang melakukan kesalahan secara terang-
terangan, contohnya seperti membuat vandalisme (menconteng
dinding) pada tandas awam, apakah yang akan kamu lakukan?
• Sekiranya ada jiran kamu yang telah merosakkan pokok bunga di
halaman rumah kamu, apakah yang akan kamu lakukan?
3. Menyatakan justifikasi atau penerangan contoh sikap berani terhadap jiran
demi kesejahteraan bersama berdasarkan sesi soal jawab.
• Apabila ada jiran yang melakukan vandalisme pada tandas awam, saya
sepatutnya berani untuk memberi teguran secara berhemah.
• Apabila ada jiran yang merosakkan pokok bunga di halaman rumah
kami, saya sepatutnya berani untuk memberikan nasihat kepadanya.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.
65

