Page 90 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 90
Pembelajaran 2
Nilai Kejujuran
Standard 10.0 Amalan Jujur dalam Hidup Berjiran
Kandungan
Standard 10.2 Mengenal pasti situasi bersikap jujur terhadap jiran.
Pembelajaran
Objektif 1. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga situasi
Pembelajaran bersikap jujur terhadap jiran secara bertulis.
Standard Tahap Penguasaan 2
Prestasi Menerangkan situasi bersikap jujur terhadap jiran
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Bersoal jawab tentang situasi bersikap jujur terhadap jiran.
• Kamu terjumpa dompet di kawasan perumahan. Apabila dibuka,
terdapat gambar jiran kamu dalam dompet tersebut. Apakah yang
kamu perlu lakukan?
• Kamu pernah meminta nombor telefon anak jiran. Selepas menonton
tayangan “prank” yang sedang berleluasa dalam laman sosial, kamu
terfikir untuk membuat panggilan palsu kepada jiran kamu. Apakah
yang kamu akan lakukan?
2. Justifikasi / penerangan berdasarkan sesi soal jawab tadi.
• Sebagai seorang jiran yang jujur, kamu akan:
i. Mengembalikan dompet kepada jiran sekiranya kamu tahu
alamat jiran tersebut.
ii. Memaklumkan kepada ibu bapa untuk mereka kembalikan
dompet tersebut.
iii. Melaporkan kehilangan dompet kepada polis tempatan atau
pengawal keselamatan yang menjaga kawasan perumahan kamu.
• Sebagai seorang jiran yang jujur, kamu akan:
i. Mengusir pemikiran untuk berbuat tindakan tidak jujur.
3. Murid membuat Latihan Pentaksiran 2.
90

