Page 85 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 85
3. Justifikasi / penerangan berdasarkan sesi soal jawab tadi.
• Apa yang kita boleh nampak ialah:
i. Seorang perempuan berbaju merah muda telah menemui konsol
permainan video genggam (handheld video game console)
PlayStation Vita atau PS Vita.
ii. Perempuan tersebut telah mengembalikan PS Vita kepada
pemiliknya, iaitu seorang lelaki. Lelaki tersebut tersenyum
apabila menerima semula PS Vitanya.
iii. Selepas itu, lelaki tersebut cuba membayar RM50 kepada
perempuan tersebut tetapi ditolak olehnya.
iv. Situasi tersebut menunjukkan bahawa perempuan tersebut
ikhlas untuk membantu lelaki tersebut.
• Sikap yang boleh disenaraikan tentang perempuan tersebut ialah baik
hati, tidak mencuri, tidak mengambil hak milik orang, ikhlas
membantu orang, amanah kerana tidak menyembunyikan PS Vita
tersebut dan semua sikap yang disenaraikan ini boleh dirumuskan
kepada ciri kejujuran.
4. Murid membuat Latihan Pentaksiran 1. Jawapan murid untuk latihan ini
adalah berdasarkan hasil soal jawab/perbincangan yang telah dilakukan
dengan ibu bapa. Jawapan lain yang rasional masih diterima.
85

