Page 149 - Modul PdPR SAINS Tahun 3
P. 149

.



                               ARAHAN DAN LANGKAH PELAKSANAAN PROJEK

                                       FASA 1 : MEMAHAMI TOPIK PROJEK

                 1.  Baca dan fahami nota berkaitan dengan tajuk projek - buku teks Sains Tahun
                     3, muka surat 127-132, 137.
                 2.  Kemudian, tanya diri anda secara lisan tentang soalan kurikulum yang ada di
                     atas. Pastikan anda boleh menjawab soalan kurikulum tersebut secara lisan
                     sebelum melanjutkan projek ini ke fasa yang seterusnya.

                 3.  Baca panduan serta langkah-langkah untuk menghasilkan model takal - buku
                     teks Sains Tahun 3, muka surat 133-134 atau rujuk pada lampiran 1.
                 4.  Model takal boleh dibina bergantung kepada kreativiti murid dan tidak terhad
                     seperti dalam contoh sahaja.
                 5.  Dapatkan maklumat lain daripada pelbagai sumber seperti di bawah;

                    a)  Guru mata pelajaran sains.
                    b)  Rakan, abang, kakak dan ibu bapa
                    c)  Internet - Google, youtube
                                          FASA 2 : MERANCANG PROJEK

                 1.  Melakar  rupa  bentuk  takal  mengikut  kreativiti  masing-masing  dalam  buku
                     latihan sains atau di atas kertas.
                 2.  Pastikan  rupa  bentuk  takal  yang  dilakar  mempunyai  keempat-empat
                     komponen untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik (alur, tali, roda dan
                     gandar).
                 3.  Melabelkan  lakaran  dengan  nama  bahan-bahan  yang  digunakan  mengikut
                     bahagian takal.
                 4.  Menyediakan  alat  dan  bahan  yang  sesuai  untuk  membina  model  takal.
                     Cadangan alat dan bahan yang sesuai adalah seperti kotak, straw, lidi, benang
                     atau sebarang bahan bersesuaian dengan model takal yang ingin dicipta.

                                        FASA 3 : MENGHASILKAN PROJEK
                 1.  Membina model takal. Langkah-langkah membina model haiwan boleh dirujuk
                     pada buku teks Sains Tahun 3, muka surat 134 atau rujuk lampiran 1.

                 2.  Model takal yang dibina adalah berdasarkan kepada lakaran rupa bentuk takal
                     yang telah dilukis semasa merancang projek.
                 3.  Pastikan  model  takal  yang  dibuat  menggunakan  bahan-bahan  yang  telah
                     disenaraikan seperti dalam label lakaran takal.
                 4.  Setelah  model takal  siap,  murid  perlu  memberi  penerangan  secara  bertulis
                     langkah-langkah  membina  model  takal  serta  menerangkan  bagaimana  ia
                     berfungsi.

                 5.  Tulis penerangan di bawah lakaran takal yang telah dilukis semasa merancang
                     projek.




                                                           149
   144   145   146   147   148   149   150   151