Page 69 - Modul PdPR SAINS Tahun 3
P. 69
.
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
Sasaran Murid Tahun 3
Mata Pelajaran Sains
Tajuk 4.0 Haiwan
Tema Sains Hayat
Nota berkaitan 1. Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja
Topik/Tema dinamakan herbivor.
i. Contoh: Arnab, lembu dan kambing.
ii. Haiwan herbivor mempunyai gigi kacip yang kuat untuk
memotong makanan dan gigi geraham yang besar
untuk mengisar makanan.
2. Haiwan yang memakan haiwan lain dinamakan karnivor.
i. Contoh: Harimau, buaya dan singa.
ii. Haiwan karnivor mempunyai gigi taring yang tajam
untuk menyiat daging.
3. Haiwan yang makan haiwan lain dan tumbuhan
dinamakan omnivor.
i. Contoh: Cimpanzi, monyet dan beruang hitam.
ii. Haiwan omnivor mempunyai gigi taring, gigi kacipdan
gigi geraham.
Standard 4.1 Tabiat Pemakanan
Kandungan
Standard 4.1.4 Membanding dan membezakan kegigian haiwan herbivor,
Pembelajaran karnivor, dan omnivor.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Pembelajaran ii. Mengenalpasti jenis kegigian haiwan berdasarkan tabiat
pemakanan
iii. Membezakan haiwan mengikut jenis kegigian haiwan
karnivor, herbivor dan omnivor.
Tempoh 90 minit
Pembelajaran
Aktiviti Menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja yang disediakan
69

