Page 70 - Modul PdPR SAINS Tahun 3
P. 70
.
Pentaksiran Murid-murid ditaksir berdasarkan kepada Standard Prestasi
(Tahap Penguasaan)
TP 3: Mengitlak tentang tabiat pemakanan haiwan herbivor,
karnivor dan omnivor.
TP 5: Menjelaskan melalui contoh haiwan yang berubah tabiat
pemakanan semula jadinya
TP 6: Berkomunikasi untuk menunjukkan haiwan yang berubah
tabiat pemakanan semula jadinya dan memberi justifikasi.
Instrumen Lembaran kerja
Pentaksiran
Panduan Kerja 1. Murid membaca tajuk yang berkaitan unit 4: Haiwan dalam
buku teks Sains KSSR Tahun 3 dan nota panduan yang
disediakan oleh guru dalam lampiran.
2. Murid digalakkan membuat rujukan daripada internet atau
laman sesawang untuk mengukuhkan pengetahuan dan
pemahaman murid berkenaan dengan tajuk. Video berkenaan
tajuk boleh diakses melalui
https://www.youtube.com/watch?v=Ho0EMNaaLKI
3. Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang disediakan
oleh guru di dalam modul ini.
4. Sekiranya murid menghadapi masalah untuk memahami tajuk
tersebut, murid-murid digalakkan untuk mendapatkan
bimbingan daripada guru.
5. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Tugasan yang telah disiapkan akan diserahkan
kepada guru apabila sekolah telah dibuka.
6. Ibu bapa digalakan untuk membantu murid-murid menyiapkan
Latihan dalam modul ini.
Selamat menjawab.
70

