Page 30 - MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
P. 30
MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
BAB 4 KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL
SOALAN OBJEKTIF
1. Maklumat berikut merujuk kepada fungsi bahan K dalam sel.
● Bahan untuk tindakbalas biokimia dalam sel
● Mengekalkan tekanan osmotik dalam sel
Apakah bahan K?
A Lipid
B Air
C Protein
D Enzim
2. Apakah kepentingan selulosa dalam pemakanan manusia?
A Ia dicernakan kepada glukosa yang akan diserap dan digunakan untuk menjana tenaga.
B Ia dicernakan, diserap dan distruktur semula sebagai tenaga simpanan untuk kegunaan
jangka masa panjang.
C Ia dicernakan, diserap dan distruktur semula untuk membentuk dinding sel.
D Ia menyerap air dan menambahkan pelincir pada bahan tinja untuk membantu
pembuangan najis.
3. Rajah di bawah menunjukkan kesan pH terhadap kadar tindakan enzim Y di dalam salur
alimentari manusia.
Apakah enzim Y?
A Pepsin B Tripsin
C Amilase D Lipase
4. Apakah proses yang berlaku untuk memecahkan dipeptida kepada asid amino?
A Kondensasi
B Pemanasan
C Penambahan asid
D Hidrolisis
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah | 2020 29

