Page 60 - MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
P. 60
MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
6 Manakah di antara berikut adalah hasil daripada respirasi aerobik dan anaerobik di dalam
otot ?
Respirasi Aerob Respirasi Anaerob
A Karbon dioksida dan air Etanol
B Karbon dioksida dan air Asid laktik
C Asid laktik Etanol
D Asid laktik Karbon dioksida dan air
7 Maklumat berikut adalah perubahan yang berlaku dalam badan seorang atlet semasa
mengambil bahagian dalam acara lari 200 meter.
W - Aras oksigen dalam sel-sel otot meningkat
X - Kadar pernafasan meningkat
Y - Kepekatan karbon dioksida dalam darah meningkat
Z - Aktiviti otot meningkatkan penghasilan karbon dioksida
Antara yang berikut, urutan proses yang manakah betul ?
A W, X, Y dan Z B X, Z, Y dan W
C Z, W, X dan Y D Z, Y, X dan W
8 Rajah menunjukkan struktur alveolus dan kapilari darah di mana pertukaran gas berlaku pada
manusia. Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri penyesuaian pada alveolus untuk
meningkatkan kadar pertukaran gas respirasi ?
I Sentiasa lembap
II Berdinding nipis
III Mempunyai luas permukaan yang kecil
IV Mempunyai jaringan kapilari darah
A I dan II sahaja B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV sahaja
9 Rajah menunjukkan keratan rentas alveolus dengan kapilari darah.
M
N
Kapilari darah
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah | 2020 59

