Page 3 - TUGASAN GEOGRAFI ABD. RASHID BIN ARAJAIL KELAS 1K3
P. 3
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Pekan Telipok
kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, iaitu Puan
Amirah kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Hasil tunjuk ajar
beliau sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, iaitu Encik Arajail dan Puan
Hjh jumda Hj Darwis yang telah memberikan dorongan dan sokongan dalam menjayakan kerja
lapangan ini. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada kakak saya sendiri kerana turut sama
menyumbang tenaga dan masa dalam proses melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan
terima kasih ditujukan kepada semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan dalam borang
soal selidik.
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan tentang “Saliran di Malaysia yang Tidak Terancang dan
Kesannya terhadap Penduduk Setempat di Taman Hartamas, Tuaran, Sabah”. Saya memilih tajuk ini
kerana masalah saliran di malaysia merupakan satu isu utama yang membawa banyak kesan kepada
penduduk terutama di Sabah dan di Taman Hartamasa amnya. Saya telah menjalankan kerja
lapangan ini selama enam minggu. Saya mengumpul data dan maklumat yang diperlukan selepas
waktu persekolahan dan menulis laporan di dalam bilik darjah semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Geografi.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kerja lapangan ini adalah:
a) Mentakrif dan menghuraikan konsep saliran dan sistem perparitan di sabah khasnya lokasi
kajian iaitu taman Hartamas.
b) Menyatakan dan menyenaraikan jenis-jenis masalah saliran di kawasan kajian
c) Menghuraikan punca-punca masalah yang berlaku di kawasan kajian
d) Mengkaji kesan-kesan perparitan yang tidak terancang di kawasan kajian
e) Mencadangkan langkah-langkah pengurusan perparitan secara terancang di kawasan kajian
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Hartamas Telipok, Tuaran, Sabah. Lingkungan
kawasan kajian saya lebih kurang dua kilometer persegi. Kawasan ini di bawah pentadbiran Majis
Daerah Tuaran. kawasan terletak dalam daerah Telipok Tuaran di negeri Sabah. Jumlah penduduk
di kawasan kajian adalah kira-kira 300 keluarga. Bentuk muka buminya rata. Jarak kawasan kajian
dari bandar Tuaran ialah sepuluh kilometer.
1

