Page 5 - TUGASAN GEOGRAFI ABD. RASHID BIN ARAJAIL KELAS 1K3
P. 5

HASIL KAJIAN

               Konsep Sistem saliran perparitan

               Menurut Kamus Dewan, sistem bermaksud kaedah melakukan sesuatu,manakala saliran bermaksud
               sesuatu yang digunakan untuk menyalirkan air dll,saluran.(kamus pelajar edisi kedua). Perparitan
               boleh didefinisikan sebagai yang berkaitan dengan parit, masalah bekalan air.(kamus dewan edisi
               keempat). Sistem saliran perparitan . banyak digunakan untuk kemudahan dan keselesaan dimana-
               mana perumahan sebagai mengelak berlakunya banjir.

               Punca-punca sistem saliran dan perparitan mengalami masalah  di Kawasa kajian.

               Pertama: Masalah penduduk

                    Sikap  Penduduk  secara  tidak  langsung  menjadi  punca  masalah  dalam  perkara  ini.  Terdapat
               penduduk yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah ke dalam parit selain sikap yang
               tidak  peduli  terhadap  aktiviti  kemasyarakatan  seperti  gotong  royong  dan  aktiviti  membersihkan
               kawasan  kediaman.  .  Melalui  pemerhatian  saya,  banyak  sistem  perparitan  seperti  sisa makanan,
               plastik dan kertas dibuang oleh penduduk di kawasan kajian. Sampah sarap ini berada di sepanjang
               jalan  di  sekitar  kawasan  kajian  walaupun  terdapat  tong  sampah  yang  disediakan  oleh  pihak
               bertanggungjawab.

               Faktor tanah tinggi

                   Berdasarkan pemerhatian dan pekhabaran dari media massa masalah yang menimpa kawasan
               kajian, adalah berpunca dari faktor kawasan kajian adalah terletak dibawah  dan terdapat lagi tanah
               tinggi dan perumahan yang terletak lebih tinggi dari Taman ini iaitu Aparment Tuaran Impuian (ATI) .
               Melalui temu bual saya dengan beberapa orang penduduk di kawasan kajian, mereka berpendapat
               bahawa  punca  banjir  berlaku  di  kawasan  taman  adalah  aliran  air  dari  tanah  tinggi  dan  sistem
               perparitan  di  ATI  tidak  diselenggaran  dengan  baik.  Adakalanya  rumah  pernah  juga  dinaiki  air
               sehingga ke buku lali di taman ini terutama jika ada hujan ynag turun sepanjang hari.

               Kurang kesedaran alam sekitar

               Berdasarkan pemerhatian saya, kesedaran mengenai kerja gotong royong dalam kalangan penguni
               taman  ini  juga  kurang.  Pertama,  banyak  penduduk  tidak  bijak  mengendalikan  sampah,  kedua
               penduduk juga tidak tahu mengurangkan sampah dan ketiga banyak penduduk tidak tahu bahawa
               sesetengah sampah boleh dikitar semula. Banyak sistem perparitan yang boleh dikitar semula seperti
               tin aluminium, kertas dan bekas plastik dibuang begitu sahaja. Kesan-kesan Pembuangan Sistem
               Perparitan yang Tidak Terancang di Kawasan Kajian


               Saliran tersumbat

                   Pembuangan  sistem  perparitan  ke  dalam  longkang  dan  parit  di  kawasan  kajian  juga
               menyebabkan  saliran  tersumbat.  Berdasarkan  soal  selidik,  empat  orang  responden  mengatakan
               longkang di kawasan kajian tersumbat berpunca daripada sampah sarap seperti plastik, tisu, kertas
               dan puntung rokok yang dibuang ke longkang. Tambahan pula kebanyakan rumah di kawasan kajian
               telah diubah suai sehingga menutup longkang asal. Keadaan itu menyukarkan pengaliran air dengan
               sempurna  lebih-lebih  lagi  apabila  sisa  makanan  dan  minyak  masak  dari  rumah  berdekatan  turut
               dibuang ke longkang itu. Sisa atau sampah yang tidak dikutip selalunya akan tersumbat di longkang-
               longkang lalu mengakibatkan banjir.




                                                                3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9