Page 33 - MODUL PERNIAGAAN TINGKATAN 5
P. 33

8.  Maklumat di bawah berkaitan dengan perniagaan Encik Mutu.

               Encik Mutu memulakan perniagaan baharu dengan mengeluarkan aksesori telefon pintar. Dia telah
               mengenalpasti beberapa aksesori yang dapat memuaskan keperluan dan kehendak pengguna. Encik
               Mutu memutuskan menetapkan harga rendah daripada pesaing lain memandangkan persaingan yang
               sengit  dalam  pasaran  aksesori  telefon. Produk  aksesori  telefon  ini  diedarkan  ke  pengguna  dengan
               pelbagai saluran agihan seperti peruncitan, ejen, dan sebagainya. Encik Mutu menjalankan promosinya
               melalui pengiklanan di media sosial seperti facebook dan WeChat.

               Rumuskan strategi pemasaran  yang dilakukan oleh Encik Mutu untuk memulakan sesebuah
               perniagaan.

                  Strategi pemasaran                                     Huraian
                    a.  Produk



                    b.  Harga



                    c.  Agihan (tempat
                        dipasarkan


                    d.  Promosi




        Soalan esei

            9.  a). Berikan definisi Perkongsian Liabiliti Terhad(PLT).                        [2 markah]
               b). Nyatakan perbezaan antara Perkongsian Liabiliti Terhad(PLT) dengan pemilikan perniagaan yang
               berikut.
               i. Perkongsian konvensional                                                     [3 markah]
               ii. Syarikat                                                                    [5 markah]

            10. a). Berikan definisi dokumen perniagaan.                                       [1 markah]
               b). Apakah kepentingan menyimpan dokumen perniagaan kepada perniagaan?          [3 markah]
               c). Terangkan dokumen –dokumen yang berikut.
                  i.   Rekod jualan                                                            [2 markah]
                 ii.   Rekod pembelian                                                         [2 markah]
                iii.   Rekod kos operasi                                                       [2 markah]
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38