Page 36 - MODUL PERNIAGAAN TINGKATAN 5
P. 36
7. a) - Memperkenalkan barang dan perkhidmatan baru
- Memujuk dan mempengaruhi pengguna
- Mewujudkan permintaan atau pasaran untuk keluaran baharu
- Meningkatkan jualan dan keuntungan
- Menaikkan imej produk dan imej syarikat
b)
i. Publisiti
ii. - Pelanggan dapat emngenali dengan lebih lanjut tentang hasil keluaran
- Mudah dipercayai oleh pelanggan kerana maklumat yang dilaporkan adalah bebas dan
berkecuali dan tidak dipengaruhi oleh peniaga.
- Peniaga tidak perlu membayar kos promosi kerana ditanggung oleh pihak penerbit
8. a) Jenis produk yang dikeluarkan ialah produk ketara. Produk yang dikeluarkan
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
b) Penentuan harga yang rendah akibat persaingan.
c) Pengagihan dijalankan secara selektif melalui beberapa kedai tertentu melalui pelbagai
saluran agihan seperti peruncitan, ejen dan sebagainya.
d) Promosi dilakukan melalui pengiklanan di media social seperti facebook dan WeChat.
9. a).Perkongsian Liabiliti Terhad(PLT) adalah perniagaan alternatif yang dikawal selia di bawah Akta
Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (1m) yang menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan
perkongsian kovensional(1m)
b).
i. Perbezaan antra PLT dengan perkongsian konvensional ialah:
PLT menawarkan liability terhad kepada pekongsinya(1m) di mana apa-apa hutang dan obligasi
PLT akan ditanggung sepenuhnya oleh asset-aset PLT(1m).
Manakala dalam perkongsian konvensional, pekongsi mempunyai liabiliti tidak terhad sesama dan
berasingan(tidak terasing) dengan perkongsian tersebut.(1m)
ii.Perbezaan antra PLT dengan syarikat ialahPLT tidak perlu melakukan seperti perkara berikut:
• Tiada penerbitan saham (1m)
• Fleksibel membuat keputusan(1m)
• Tiada keperluan formal untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (1m)
• Tiada keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan kepada SSM(1m)
• Akaun tidak perlu diaudit(1m)
10. a) Maksud dokumen perniagaan:
- Dokumen yang bertulis atau bercetak untuk memberi maklumat tentang urus niaga
yang berlaku(1m)
b). Kepentingan menyimpan dokumen :
- untuk membuat rujukan dengan cepat dan mudah(1m)
- sebagai sumber rekod dalam penyediaan akaun perniagaan (1m)
- sebagai bukti berlaku sesuatu urus niaga (1m)

