Page 4 - Buku Aktiviti Bahasa Melayu 4B SJKC
P. 4
Membaca Buku m.s. 83 2.1.1
Teks
Sukarelawan Alam Penyelamat Bumi
A Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Aidil dan Chun Han ialah ahli Kelab Pencinta Alam. Mereka juga menjadi sukarelawan
alam. Pelbagai aktiviti disertai oleh Aidil dan Chun Han sepanjang mereka menjadi
©PAN ASIA PUBLICATIONS
ahli Kelab Pencinta Alam dan sukarelawan alam.
Salah satu aktiviti yang disertai oleh Aidil dan Chun Han ialah aktiviti
membersihkan pantai. Mereka mengutip sampah sarap yang dibuang di sekitar
pantai agar kebersihan pantai terjaga. Mereka turut meletakkan papan tanda
“Jagalah Kebersihan Pantai” sebagai peringatan kepada para pengunjung.
Selain itu, sebagai sukarelawan alam, Aidil dan Chun Han berpeluang menjadi
fasilitator dalam Kempen Alam Sekitar. Mereka dapat memberikan kesedaran tentang
tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada kawan-kawan agar kebersihan alam
sekitar sentiasa terpelihara. Hal ini demikian kerana alam sekitar yang kotor akan
mengundang pelbagai penyakit.
1. Siapakah yang menjadi sukarelawan alam?
2. Apakah yang dilakukan oleh Aidil dan Chun Han semasa aktiviti membersihkan
pantai?
3. Apakah tindakan yang patut dikenakan terhadap mereka yang membuang
sampah merata-rata dan tidak menjaga kebersihan alam sekitar? KBAT Mengaplikasi
2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
Tahap Penguasaan
2 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
1 2 3 4 5 6

