Page 7 - Buku Aktiviti Bahasa Melayu 4B SJKC
P. 7

Unit              Bersikap Mesra Alam
                          14





             Mendengar dan Bertutur                   Buku   m.s. 87     1.2.3
                                                     Teks

                                                     Gunalah Saya

                   ©PAN ASIA PUBLICATIONS
             A  Baca teks di bawah. Kemudian, berikan respons terhadap soalan-soalan yang
                 dikemukakan.

              Hari ini, Mei Fung mengikut ibunya ke pasar raya. Ibu Mei Fung mahu membeli
              barangan keperluan dapur. Ibu Mei Fung membawa beg mesra alam ke pasar
              raya agar dapat memelihara alam sekitar. Beliau tidak menggunakan beg plastik.
              Penggunaan beg plastik mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar kerana
              sukar untuk dilupuskan.
                     Sebaik sahaja tiba di pasar raya, ibu Mei Fung mengambil troli lalu menolak
              troli tersebut dengan berhati-hati. Ibu Mei Fung mengambil barangan keperluan
              dapur yang telah disenaraikan. Beliau berbelanja dengan cermat dan membeli
              barangan yang diperlukan sahaja. Ibu Mei Fung juga sentiasa mengawasi
              keselamatan Mei Fung sepanjang berada di pasar raya. Beliau tidak membenarkan
              Mei Fung berjalan seorang diri.
                     Setelah selesai membeli-belah, Mei Fung dan ibunya ke kaunter pembayaran.
              Mereka beratur dan tidak memotong barisan. Apabila tiba giliran mereka, ibu
              Mei Fung meletakkan barang-barang di kaunter pembayaran. Mei Fung pula
              memasukkan barang-barang yang telah diimbas harganya ke dalam beg mesra
              alam yang dibawa. Apabila semua barang yang ingin dibeli telah diimbas harganya,
              ibu Mei Fung membuat pembayaran kepada juruwang. Kemudian, Mei Fung dan
              ibunya pun pulang ke rumah.


              1.  Apakah yang ingin dibeli oleh ibu Mei Fung di pasar raya?




              2.  Mengapakah ibu Mei Fung membawa beg mesra alam ke pasar raya?




              3.  Apakah yang dilakukan oleh Mei Fung semasa di kaunter pembayaran?




              4.  Mengapakah kita tidak boleh memotong barisan semasa ingin membuat
                  pembayaran di kaunter?  KBAT    Mengaplikasi



             1.2.3  Memberi respons terhadap soalan yang dikemukakan.
                                                Tahap Penguasaan
               Sangat Terhad   Terhad      Memuaskan       Baik       Sangat Baik   Cemerlang        5
                   1            2             3             4            5             6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12