Page 3 - Buku Aktiviti Sejarah Tahun 6 SK
P. 3

Unit       1 Pembentukan Malaysia                             TAJUK 10: Negara Malaysia

                                                                                            Buku Teks m.s. 2 – 19

                                                     Nota Ringkas

                  1.1   Idea dan Sebab-sebab Pembentukan Malaysia

                        1.  Idea pembentukan Malaysia dicadangkan oleh pemimpin tempatan
                           dan pihak British.
                    ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                   Tahun              Tokoh                      Cadangan pembentukan

                    1887     Lord Brassey,             Menggabungkan Sarawak, Sabah, Negeri-
                             Pengarah Syarikat         negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
                             Borneo Utara (SBUB)

                    1938     Ibrahim Haji              Memperjuangkan konsep Melayu Raya
                             Yaakob dan Harun          yang merangkumi Tanah Melayu,
                             Aminurrashid              Singapura, seluruh Kalimantan, Kepulauan
                                                       Filipina dan Kepulauan Indonesia.

                    1951     Malcolm MacDonald         Berbincang dengan pemimpin Persekutuan
                             (Gabenor Jeneral          Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan
                             British di Asia           Singapura berkaitan idea penggabungan.
                             Tenggara)

                    1955     Tunku Abdul Rahman  Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura
                             (Ketua Menteri            dan Brunei menyertai Persekutuan Tanah
                             Persekutuan Tanah         Melayu.
                             Melayu)


                        2.  Sebab-sebab pembentukan Malaysia:
                           (a)  Menjamin keselamatan negara
                           (b)  Mencapai keseimbangan kaum
                           (c)  Mempercepat proses kemerdekaan
                           (d)  Membangunkan sosioekonomi

                  1.2   Langkah-langkah ke Arah Pembentukan Malaysia
                        1.  Idea pembentukan Malaysia dicadangkan oleh pemimpin tempatan
                           dan pihak British.

                      Tahun                                Langkah-langkah

                  27 Mei 1961 Cadangan pembentukan Malaysia diumumkan oleh Tunku
                                  Abdul Rahman di Hotel Adelphi, Singapura.

                    Julai 1961    Tunku Abdul Rahman melawat Sarawak untuk menjelaskan
                                  idea pembentukan Malaysia kepada pemimpin tempatan.




                                                                                                         1
   1   2   3   4   5   6   7   8