Page 4 - Buku Aktiviti Sejarah Tahun 6 SK
P. 4

Tahun                                Langkah-langkah

                 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold dibentuk untuk mendapatkan reaksi
                                     penduduk di Sabah dan Sarawak tentang pembentukan
                                     Malaysia.

                   21 Jun 1962       Penyerahan laporan reaksi oleh Suruhanjaya Cobbold
                                     kepada British dan Persekutuan Tanah Melayu. Didapati
                    ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                                     dua pertiga daripada penduduk Sarawak dan Sabah
                                     menyokong pembentukan Malaysia.

                  30 Ogos 1962       JAK dibentuk untuk menyediakan rangka perlembagaan
                                     untuk melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah. JAK
                                     dianggotai oleh wakil British, PTM, Sarawak dan Sabah.
                   1 September       Referendum, iaitu pemungutan suara diadakan di
                       1962          Singapura. Keputusan menunjukkan rakyat Singapura
                                     bersetuju dengan pembentukan Malaysia.

                   9 Julai 1963      Perjanjian Malaysia ditandatangani di Malborough House,
                                     London.

                  12 Ogos 1963       United Nations Malaysia Mission (UNMM) dibentuk oleh
                                     Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertujuan untuk
                                     mengesahkan persetujuan penduduk Sarawak dan Sabah.
                   16 Sept 1963      Pemasyhuran Malaysia diadakan secara rasmi di Stadium
                                     Merdeka (Kuala Lumpur), Kuching (Sarawak), Kota
                                     Kinabalu (Sabah) dan City Hall (Singapura).

                 1.3   Tokoh dan Negeri yang Terlibat dalam Pembentukan Malaysia
                      1.  Kejayaan pembentukan Malaysia hasil daripada permuafakatan,
                          kesungguhan dan kerjasama antara pemimpin dengan rakyat.
                      2.  Tokoh yang memberi sumbangan dalam pembentukan Malaysia:
                          (a)  Tunku Abdul Rahman
                          (b)  Tun Abdul Razak Hussien
                          (c)  Tun Muhammad Ghazali Shafie
                          (d)  Datu Bandar Abang Haji Mustapha
                          (e)  Tun Temenggung Jugah anak Barieng
                          (f)  Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan
                          (g)  Lee Kuan Yew
                          (h)  Tan Sri Wong Pow Nee
                          (i)  Tun V.T. Sambanthan
                          (j)  Tun Datu Mustapha Datu Harun
                          (k)  Tun Muhammad Fuad Stephens




            2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9