Page 3 - Buku Aktiviti Bahasa Melayu 4A SJKC
P. 3

Unit                      Tiga Sahabat
                           1





             Mendengar dan Bertutur                   Buku   m.s. 2     1.1.1
                                                     Teks

                                                    Suara Harmoni

                   ©PAN ASIA PUBLICATIONS
             A  Baca dan fahami dialog di bawah. Kemudian, lakonkan.
              Aidil      : Kawan-kawan, kalian mahu menyertai Pertandingan Suara Harmoni?
              Dinesh     : Adakah itu pertandingan nyanyian?
              Aidil      : Benar, Dinesh. Pertandingan ini ialah pertandingan nyanyian secara
                           berkumpulan.
              Chun Han : Siapakah yang memberitahu kamu tentang pertandingan ini?
              Aidil      : Oh, saya terbaca poster pertandingan yang ditampal pada papan
                           kenyataan di balai masyarakat!
              Dinesh     : Bilakah pertandingan ini akan diadakan?
              Aidil      : Pertandingan ini akan diadakan pada 30 Mac 2020.
              Chun Han : Di manakah Pertandingan Suara Harmoni akan diadakan?
              Aidil      : Pertandingan ini akan diadakan di Balai Masyarakat Taman Sutera.
              Dinesh     : Bilakah pertandingan ini akan bermula?
              Aidil      : Pertandingan ini akan bermula pada pukul 9.00 pagi.
              Chun Han : Apakah syarat untuk menyertai pertandingan ini?
              Aidil      : Syarat untuk menyertai pertandingan ini ialah setiap kumpulan mestilah
                           terdiri daripada pelbagai kaum.
              Dinesh     : Jikalau begitu, marilah kita menyertainya.
              Aidil      : Baiklah, saya setuju.
              Chun Han : Saya pun setuju.

             B  Berdasarkan dialog di atas, jawab soalan berikut secara lisan. Kemudian, tulis
                 jawapan.

              1.  Apakah pertandingan yang akan disertai oleh Aidil, Dinesh dan Chun Han?



              2.  Di manakah pertandingan ini akan diadakan?




              3.  Bilakah pertandingan ini akan diadakan?



              4.  Nyatakan nilai yang terdapat dalam dialog di atas dan berikan sebab.  KBAT     Menilai



             1.1.1  Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut sesuatu yang diujarkan semula dalam situasi tidak formal.
                                                Tahap Penguasaan
               Sangat Terhad   Terhad      Memuaskan       Baik       Sangat Baik   Cemerlang        1
                   1            2             3             4            5             6
   1   2   3   4   5   6   7   8