Page 4 - Buku Aktiviti Bahasa Melayu 4A SJKC
P. 4
Membaca Buku m.s. 3 2.1.1
Teks
Berlatih Bersama-sama
A Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan berikut.
Aidil, Chun Han dan Dinesh akan menyertai Pertandingan Suara Harmoni. Sebelum
pertandingan berlangsung, mereka bersepakat untuk berlatih bersama-sama.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Mereka mahu mempersembahkan nyanyian yang terbaik semasa hari pertandingan
itu nanti.
“Chun Han, Aidil, datanglah ke rumah saya pada petang ini. Kita berlatih
bersama-sama,” kata Dinesh.
Aidil dan Chun Han bersetuju. Mereka juga telah bersetuju untuk memilih
lagu yang berjudul “Sahabat Selamanya”. Lagu yang dipilih itu bertemakan
persahabatan. Mereka turut berharap persahabatan yang terjalin antara mereka
bertiga akan berkekalan selamanya.
Kakak Dinesh telah membimbing mereka semasa sesi latihan. Dia merakam
persembahan dengan menggunakan video. Dengan demikian, mereka dapat
mengenal pasti kelemahan mutu nyanyian melalui video tersebut.
“Kakak yakin kalian dapat menjuarai Pertandingan Suara Harmoni. Kalian
sungguh berbakat dan mempunyai suara yang merdu bak buluh perindu. Kalian
perlu berlatih bersungguh-sungguh,” kata kakak Dinesh.
Mereka bertiga mengangguk bersetuju dan berjanji untuk berlatih bersungguh-
sungguh.
1. Apakah judul lagu yang dipilih oleh Aidil, Chun Han dan Dinesh?
2. Mengapakah kakak Dinesh merakam video semasa mereka bertiga membuat
persembahan?
3. Bagaimanakah cara yang boleh lakukan untuk mengeratkan lagi hubungan
persahabatan? Berikan cadangan anda. KBAT Mengaplikasi
2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
Tahap Penguasaan
2 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
1 2 3 4 5 6

