Page 3 - Buku Aktiviti Sejarah Tahun 4
P. 3

Unit        1 Mengenali Sejarah                                TAJUK 1: Mari Belajar Sejarah

                                                                                           Buku Teks m.s. 2 – 12

                                                     Nota Ringkas

                  1.1   Pengertian Sejarah
                       1.  Sejarah merupakan peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa
                          lampau.
                    ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                       2.  Pengertian sejarah oleh sejarawan.
                            Bil.       Sejarawan                      Pengertian Sejarah

                            (a)   Herodotus              Penceritaan tentang tindakan manusia
                                                         dan sebab-sebab mereka melakukannya.
                            (b)   Ibn Khaldun            Perbincangan tentang peradaban
                                                         manusia dan perubahan yang berlaku.
                            (c)   E.H. Carr              Satu proses interaksi antara masa kini
                                                         dengan masa lampau.
                            (d)   Profesor Emeritus      Peristiwa yang pernah atau sudah
                                  Tan Sri Dr. Khoo       berlaku.
                                  Kay Kim

                            (e)   Dr. Muhd Yusof bin  Catatan atau rekod sesuatu peristiwa
                                  Ibrahim                yang berlaku pada masa dahulu.
                       3.  Sejarah memberikan iktibar dan pengajaran kepada kehidupan
                          manusia.
                  1.2   Sumber Sejarah
                       1.  Sumber sejarah penting sebagai bukti untuk memahami peristiwa
                          sejarah.
                       2.  Sumber sejarah terbahagi kepada dua:
                           (a)  Sumber pertama / Sumber primer
                               •  Sumber berada dalam bentuk asal.
                               •  Belum diolah
                               •  Contoh: fosil, artifak, manuskrip, dokumen rasmi kerajaan
                           (b)  Sumber kedua / Sumber sekunder
                               •  Penulisan daripada sumber asal.
                               •  Sudah diolah
                               •  Contoh: buku, majalah, ensiklopedia, surat khabar, risalah

                  1.3   Kaedah Penyelidikan Sejarah
                       1.  Terdapat tiga kaedah penyelidikan sejarah:
                           (a)  Kaedah arkeologi
                               •  Mendapat maklumat melalui proses cari gali (ekskavasi).
                               •  Contoh: Fosil, tembikar, kulit siput


                                                                                                         1
   1   2   3   4   5   6   7   8