Page 4 - Buku Aktiviti Sejarah Tahun 4
P. 4

(b)  Kaedah arkeologi maritim / bawah air
                              •  Mendapat maklumat tinggalan kebudayaan manusia yang
                                terdapat di dasar laut, sungai atau tasik.
                              •  Contoh: tapak kapal karam, struktur purba, artifak
                         (c)  Kaedah lisan
                              •  Mendapat maklumat melalui temu bual dengan orang sumber.
                              •  Orang sumber terdiri daripada mereka yang terlibat, melihat,
                    ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                                mendengar atau mengalami peristiwa sejarah tersebut.
                         (d)  Kaedah bertulis
                              •  Mendapat maklumat daripada tulisan dan lakaran.
                              •  Contoh: lakaran pada dinding gua, kayu, batu

                1.4   Ruang dan Masa
                      1.  Konsep ini digunakan oleh sejarawan untuk mengkaji peristiwa
                         sejarah.
                      2.  Ruang dan masa memudahkan kita memahami peristiwa sejarah yang
                         berlaku.
                      3.  Peristiwa sejarah dapat ditulis dengan lengkap dan tersusun.
                      4.  Kronologi: rentetan peristiwa yang berlaku mengikut urutan masa.
                      5.  Konsep ruang:
                         (a)  Dekad: 10 tahun
                         (b)  Abad: 100 tahun
                         (c)  Alaf: 1000 tahun
                      6.  Konsep masa:
                         (a)  Zaman Sebelum Masihi (SM): zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
                         (b)  Zaman Masihi (M): zaman selepas kelahiran Nabi Isa

                1.5   Sebab dan Akibat dalam Peristiwa Sejarah

                      1.  Konsep ini memudahkan kita memahami peristiwa sejarah.
                      2.  Kebaikan konsep sebab dan akibat:
                         (a)  Menimbulkan rasa ingin tahu murid tentang peristiwa sejarah.
                         (b)  Mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa sejarah.





















                                                                                                       2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9