Page 3 - Buku Aktiviti Sejarah Tahun 5
P. 3
Unit 1 Institusi Raja Payung TAJUK 6: Warisan Negara Kita
Negara
Buku Teks m.s. 2 – 15
Nota Ringkas
1.1 Raja Berdaulat Tonggak Kerajaan
1. Kerajaan membawa maksud negeri yang diketuai oleh raja.
2. Sultan atau raja merupakan ketua kerajaan.
3. Selepas kedatangan Islam, gelaran raja telah bertukar kepada gelaran
©PAN ASIA PUBLICATIONS
sultan.
4. Terdapat sembilan buah negeri yang masih mengekalkan institusi raja
di negara kita.
5. Institusi raja merupakan asas pembentukan negara.
1.2 Raja Ditaati dan Dihormati
1. Menurut catatan Sejarah Melayu, waadat yang dimeterai antara raja
yang diwakili oleh Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun yang
mewakili rakyat menjadi asas kepada pembentukan dua konsep, iaitu
daulat dan derhaka.
2. Dalam waadat tersebut, rakyat perlu memberikan taat setia
sepenuhnya kepada raja.
3. Raja pula hendaklah mentadbir dengan adil dan saksama.
1.3 Raja Berdaulat
Daulat
• Melambangkan kekuasaan tertinggi raja terhadap kerajaan dan
kawasan pemerintahannya.
• Raja dan sultan yang berdaulat memiliki kewibawaan, sifat
keperibadian yang unggul dan kebijaksanaan yang tinggi untuk
memerintah.
Derhaka
• Rakyat ingkar kepada titah dan perintah raja atau sultan.
• Rakyat yang menderhaka akan dikenakan hukuman yang setimpal.
• Mereka akan ditimpa tulah atau bencana.
1.4 Perubahan pada Institusi Raja
1. Institusi raja telah mengalami beberapa fasa perubahan dari semasa
ke semasa.
2. Bermula dari institusi raja pada zaman kerajaan Melayu Awal, diikuti
oleh zaman penjajahan British, zaman pendudukan Jepun dan
seterusnya selepas merdeka hingga kini.
1.5 Institusi Raja di Dunia
1. Institusi raja merupakan sistem yang tertua di dunia.
2. Terdapat 43 buah negara dunia yang masih mengekalkan institusi raja
ini sehingga kini.
1
BA Sej Thn5 U1 4th.indd 1 1/18/2021 10:32:45 PM

