Page 5 - Buku Aktiviti Sejarah Tahun 5
P. 5

Nama:                                       Kelas:           Tarikh:
           Lembaran 2            UNIT 1: Institusi Raja Payung             TAJUK 6: Warisan Negara Kita

                                            Negara                                      Buku Teks m.s. 6 – 7



            6.1.2  Menerangkan konsep waadat antara raja dengan rakyat.
            6.1.3  Menjelaskan makna daulat dan derhaka.

           Baca petikan di bawah dengan teliti. Jawab semua soalan yang berikut.  TP 2   TP 3


                  Konsep daulat dan derhaka timbul daripada perjanjian (waad) yang telah
                   ©PAN ASIA PUBLICATIONS
              dibuat antara Seri Teri Buana (mewakili golongan raja) dan Demang Lebar
              Daun (mewakili golongan rakyat).
                  Waad ini adalah disebabkan raja meminta untuk mengahwini anak
              perempuan Demang Lebar Daun. Sebelum ini, baginda telah berkahwin dengan
              banyak perempuan. Namun, setiap perempuan yang dikahwini akan menghidap
              penyakit ganjil. Baginda telah bertindak menghalau perempuan itu keluar dari
              istana dan tindakan baginda telah memalukan perempuan dan keluarga mereka.
                  Untuk mengelakkan perkara ini berlaku kepada anak perempuannya,
              Demang Lebar Daun telah membuat perjanjian dengan baginda. Hal demikian
              adalah untuk menyedarkan raja supaya menjadi seorang raja yang dihormati.
                  Raja yang berdaulat perlu disembah dan dijunjung oleh rakyat. Baginda
              perlu memerintah rakyat dengan adil dan saksama.  Rakyat pula perlu
              menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja.
                  Kedua-dua pihak tidak boleh melanggar perjanjian tersebut.  Sekiranya
              perjanjian ini dilanggar, maka “tulah” (malapetaka) akan menimpa. Raja akan
              mengalami keruntuhan kerajaan akibat derhaka rakyat. Rakyat pula akan
              ditimpa kesusahan dan kesengsaraan hidup akibat perbuatan mereka.


           1.  Siapakah yang terlibat dalam perjanjian (waad) tersebut?



           2.  Apakah yang dimaksudkan dengan  konsep daulat dan konsep derhaka?




           3.  Apakah janji raja kepada rakyatnya dalam perjanjian tersebut?



           4.  Apakah yang akan berlaku sekiranya kedua-dua pihak melanggar perjanjian tersebut?




           5.  Mengapakah sesebuah negeri memerlukan seorang raja?



           Standard Prestasi:
                         Tahap Penguasaan
              1      2      3      4      5     6
                                                                                                      3



    BA Sej Thn5 U1 4th.indd   3                                                                 1/18/2021   10:32:45 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10