Page 8 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 8

PRAKATA
                                                  KETUA EDITOR

                       Syukur  kepada  Tuhan  kerana  Jurnal  Kurikulum  Jilid  4  Tahun  2019  berjaya
               diterbitkan.  Jurnal  Kurikulum  merupakan  pentas  bicara  ilmu  dalam  kalangan  para
               pendidik untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta dapatan kajian agar warga pendidik
               mendapat informasi yang tepat dan relevan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di
               negara ini.

                       Pada  tahun  ini,  sebanyak  44  buah  artikel  diterima  dari  pelbagai  institusi
               pendidikan seperti Kolej Matrikulasi, Pejabat Pendidikan Daerah, universiti, sekolah
               dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini menandakan jurnal ini mendapat
               sambutan dan sokongan oleh para pendidik. Sejumlah 14 buah artikel dipilih untuk
               diterbitkan dalam Jurnal Kurikulum kali ini.

                       Artikel  yang  telah  dipilih  bagi  tahun  ini  menggambarkan  pembangunan  dan
               pelaksanaan kurikulum. Antara artikel yang menarik ialah artikel bertajuk ‘Reminiscing
               the transformation of Curriculum Design in the Malaysian National School Curriculum
               from 1980s to 2010s’ yang mencerminkan transformasi kurikulum selama 30 tahun di
               negara ini. Selain itu, dua artikel lain memaparkan pengalaman penggubal kurikulum
               KSSR  dalam  mata  pelajaran  Sains  dan  perspektif  murid  terhadap  DSKP  KSSR
               (Semakan  2017)  dalam  mata  pelajaran  Bahasa  Cina.  Beberapa  artikel  lain  pula
               adalah  berdasarkan  kerangka  konsep,  keberkesanan  pedagogi  pengajaran  dan
               pembelajaran  serta  dapatan  kajian  yang  menjurus  ke  arah  pembelajaran  yang
               berkesan di dalam bilik darjah. Para penulis telah mencerminkan ketertiban dalam
               penulisan artikel mereka. Tahniah diucapkan kepada semua penulis.

                       Setinggi-tinggi  penghargaan  diucapkan  kepada  pihak  pengurusan  tertinggi
               Bahagian  Pembangunan  Kurikulum  atas  sokongan  moral  dalam  menjayakan
               penerbitan jurnal ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua editor yang
               telah meluangkan masa untuk memberi penilaian yang mantap terhadap artikel yang
               dipilih.

                       Semoga  usaha  penulisan  ilmiah  dalam  kalangan  warga  pendidik  dapat
               diteruskan dengan penerbitan berkala Jurnal Kurikulum ini. Diharapkan juga jurnal ini
               menjadi  satu  wadah  menyuntik  idea,  hasrat  dan  profesionalisme  warga  pendidik
               sejajar dengan usaha pembangunan pendidikan di negara ini.

               Sekian.

               Dr. Ilhavenil Narinasamy
               Ketua Editor








                                                           viii
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13