Page 77 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 77
Definisi Operasional
Keupayaan guru menggunakan KOMSAS dalam kajian ini merujuk kepada kemampuan
guru menggunakan KOMSAS sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu dalam bilik darjah.
Keupayaan menggunakan KOMSAS diukur dengan tiga dimensi yang dikenal pasti dapat menilai
tahap keupayaan guru menggunakan KOMSAS sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu. Guru
yang berkeupayaan menggunakan KOMSAS akan menunjukkan keberkesanan dalam strategi
pengajaran bahasa, penguasaan bilik darjah dan penglibatan murid. Pengukuran ini dijelaskan oleh
Mills (2011) adalah efikasi guru menjadikan bahan sastera iaitu KOMSAS sebagai medium untuk
menerapkan pengajaran kemahiran bahasa dan berbahasa seperti perbendaharaan kata, tatabahasa,
semantik dan wacana agar pengajaran guru tampak berkesan.
Selain itu, keupayaan menggunakan i-Think pula merujuk kepada keupayaan guru bahasa
Melayu menggunakan pendekatan semasa pengajaran dalam bilik darjah. Keupayaan
menggunakan peta i-Think sebagai pendekatan pengajaran diukur dengan tiga dimensi yang
dikenal pasti dapat menila tahap keupayaan guru menggunakan lapan peta pemikiran dalam sesi
pembelajaran dan pemudah cara bahasa Melayu. Guru yang berkeupayaan menggunakan i-Think
akan menunjukkan keberkesanan dalam membangun dan menukar konsep pembelajaran, fokus
memberi maklumat dan memastikan murid dapat disiplin ilmu.
Malah, kompetensi pengajaran dalam kajian ini dapat dijelaskan sebagai suatu bentuk
kemampuan dan kecekapan guru bahasa Melayu menyampaikan pengajaran secara lebih efektif,
menyeronokkan, berpusatkan murid dan menerapkan kemahiran berfikir. Pengukuran kompetensi
pengajaran guru dalam konteks kajian ini adalah melihat kepada tiga dimensi kompetensi
pengajaran guru meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran pengajaran bahasa
Melayu di bilik darjah. Dimensi ini diperjelaskan bagi mengukur tahap pengajaran guru bahasa
Melayu dalam merangsang pemikiran dan minat belajar murid. Selain, dapat memastikan murid
akan menguasai sepenuhnya aktiviti pembelajaran dan pemudah cara. Malah, pengajaran guru
mampu mengembangkan daya fikir dan motivasi murid menguasai kandungan pelajaran.
SOROTAN KARYA
Keupayaan Menggunakan KOMSAS
KOMSAS menyediakan beberapa konteks yang kaya dengan item leksikal atau sintaksis
yang lebih berkesan kepada individu. Ishak Ramly (2005), telah menjelaskan bahawa salah satu
bahan pengajaran guru adalah yang terdiri daripada bahan pengajaran bukan elektronik. Menurut
beliau lagi, sebagai bahan pengajaran, KOMSAS harus dapat membolehkan guru merancang dan
membina reka bentuk persembahan pengajaran. Zuraini Jusoh et al. (2013), amat menekankan
keperluan naratif atau bercerita dalam pengajaran guru bahasa Melayu. Hal ini kerana, aktiviti
pengajaran dengan bercerita mampu mewujudkan hubungan dan interaksi guru dengan murid.
Murid lebih selesa bersoal jawab dengan guru dan melakukan perbincangan. Walau
bagaimanapun, kajian Sri Muniati (2011), mendapati bahawa pengajaran dengan hanya membaca
buku ulasan Komsas menyebabkan pengajaran Bahasa Melayu lebih dimonopoli oleh guru
semata-mata. Troung Thi My Van (2009), penglibatan murid dalam sesi pembelajaran dan
pemudah cara adalah berdasarkan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah.
Murat (2005), berdasarkan kajiannya mendapati bahawa dalam meningkatkan kecerdasan verbal
atau linguistik murid, guru bahasa menggunakan KOMSAS yang dapat berfungsi mewujudkan
67

