Page 6 - KOPERASI MAJLIS GURU BESAR PERLIS (1)
P. 6
UNDANG-UNDANG KECIL
KOPERASI MAJLIS GURU BESAR PERLIS BERHAD
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk dan mula berkuat kuasa
1. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Majlis Guru
Besar Perlis Berhad.
(2) Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan
oleh Suruhanjaya.
Tafsiran
2. Di dalam Undang-undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain—
“akaun teraudit” termasuklah penyata kewangan, dan laporan Lembaga dan laporan
juruaudit dibawah subseksyen 59(1) Akta, sebagaimana yang ditakrifkan menurut peraturan 2
Peratusan;
“Akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke
semasa;
“anggota” termasuklah seseorang yang turut sama di dalam permohonan pendaftaran
Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi dan
seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi mengikut Peraturan dan Undang-undang
Kecil Koperasi selepas pendaftaran;
“arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada
Koperasi dari semasa ke semasa;
“aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi
melaksanakan mama-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan
AKta, peraturan-peraturan, garis panduan, Undang-undang Kecil, arahan Suruhanjaya dan
kelulusan mesyuarat agung;
1

