Page 7 - KOPERASI MAJLIS GURU BESAR PERLIS (1)
P. 7

“dividen” ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan dikalangan anggotanya
                    mengikut kadar modal syer yang dipegang oleh mereka, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
                    seksyen 2 Akta;

                             “elaun” ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga bagi Koperasi ini
                    sebagai balasan kerana khidmatnya yang diberikan kepada Koperasi secara tetap;

                             “garis  panduan”  ertinya  garis  panduan  yang  dikeluarkan  oleh  Suruhanjaya  Koperasi
                    Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;

                             “honorarium” ertinya suatu bahagian keuntungan bersih teraudit Koperasi yang diagihkan
                    antara beberapa atau semua anggota Lembaga sebagai balasan bagi perkhidmatan mereka yang
                    lazimnya tidak diberi saran, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta;

                              “kawasan  operasi”  ertinya  kawasan  di  mana  Koperasi  ini  dibolehkan  mendapat
                    anggotanya;

                               “kesalahan  boleh  daftar”  ertinya  kesalahan  yang  boleh  didaftarkan  di  bawah  Akta
                    Pendaftaran  Penjenayah-Penjenayah  dan  Orang-Orang  Tak  Diingini  1969,  sebagaimana  yang
                    ditakrifkan menurut Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu;

                               “Koperasi” atau “Koperasi ini” ertinya Koperasi Majlis Guru Besar Perlis Berhad;

                               “Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal
                    Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta;

                               “Menteri”  ertinya  Menteri  yang  dipertanggungkan  dengan  tanggungjawab
                    pembangunan koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta;

                               “pegawai”  berhubung  dengan  Koperasi  ertinya  seorang  pengerusi,  setiausaha,
                    bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif,
                    mana-mana  orang  yang  diberi  kuasa  oleh  Lembaga,  peraturan-peraturan  atau  perintah  atau
                    Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-
                    mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta;








                                                           2
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12