Page 20 - LATEST BUKU PROGRAM MESY PIBG KALI KE-48 (edited 21 April 2021)
P. 20

18




                    3.Berikut merupakan aktiviti atau sumbangan PIBG yang telah dilaksanakan.

                    A)  BIRO AKADEMIK


                    1.  Memperbaharui Laman Web Slekolah
                        Duit sumbangan PIBG digunakan untuk memperbaharui laman web sekolah bagi tahun
                        2020.


                    2.  Majlis Anugerah Kecemerlangan
                        Majlis  Anugerah  Kecemerlangan  merupakan  acara  tahunan  yang  diadakan  bagi
                        meraikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik. Murid yang mendapat
                        kejayaan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat sekolah dan SPM diberikan sijil dan
                        hadiah  agar  dapat  meningkatkan  motivasi  mereka  untuk  lebih  cemerlang  dalam
                        akademik.


                    3.  Bayaran Guru Bahasa Cina

                        Memandangkan  sekolah  tidak mempunyai  guru Bahasa  Cina,  atas  permintaan  murid
                        yang  mengambil  Bahasa  Cina  maka  guru  Bahasa  Cina  dari  luar  telah  diambil  untuk
                        mengajar  mereka.  Bayaran  guru  tersebut  dibayar  oleh  murid  yang  mengambil  mata
                        pelajaran  tersebut.  Walau  bagaimanapun  terdapat  beberapa  orang  murid  yang
                        berpotensi dan bermotivasi dalam pelajaran tersebut tetapi kurang berkemampuan. Oleh
                        itu pihak sekolah telah mengambil inisiatif membiayai yuran kelas Bahasa Cina murid
                        tersebut melalui duit sumbangan PIBG.



                    B)  BIRO HEM DAN SAHSIAH

                        1.Laporan Orientasi Murid Tingkatan 1 (Sarana Ibu Bapa)

                        2.Program di bawah jawatan kuasa 3K.  Kebersihan dan Keceriaan
                           dalaman Kelas, tandas murid dan guru, blok dan kebun.

                        3.Perkhidmatan penyelenggaraan sanitary bin oleh Syarikat Rentokil (M) Sdn.Bhd


                    C)  BIRO KOKURIKULUM


                    1.   Kejohanan Merentas Desa
                        Kejohanan  Merentas  Desa  dilaksanakankan  pada  15  Feb.2020  dan  telah  dirasmikan
                        oleh  NYDP Encik Omar Sharif. Turut hadir YDP Encik Ramesh dan AJK PIBG Puan
                        Habsah, Encik Jil Afril dan Encik Shamsaimun. Kejohanan ini melibatkan semua murid
                        dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima yang merangkumi dua kategori iaitu Kelas 1

                        dan kelas 2. Kejohanan Merentas Desa Tahun 2020 telah berjaya mencapai objektif yang
                        disasarkan  iaitu  untuk  memperkembangkan  potensi  murid-murid  SMK(P)  Taman
                        Petaling selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


                      2.   Program Penghayatan Bulan Kebangsaan
                        Program ini dilaksanakan dari 1 Ogos sehingga 16 September 2021. Manakala acara
                        kemuncak program iaitu Hari Ambang Kemerdekaan diadakan pada 28 Ogos 2020
                        dengan kehadiran YDP PIBG En Ramesh K.Kumaraguru. Program ini dilaksanakan
                        bagi memupuk semangat patriotik dan perasaan cinta pada negara dalam kalangan

                        warga SMK(P) Taman Petaling.
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25