Page 31 - Pengurusan
P. 31
4.19 TATACARA PERHIMPUNAN SEKOLAH
Perhimpunan Mingguan
1. Bacaan Al-Mathurat/Yaasin
2. Ucapan Alu-aluan pengacara majlis perhimpunan
3. Nyanyian Lagu Kebangsaan/JPN/sekolah
4. Bacaan Doa
5. Laporan guru bertugas minggu lalu
6. Penyampaian Hadiah (jika ada - diurus oleh guru / murid terbabit)
7. Slot Murid (jika ada - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan lain-lain 5-10 minit)
8. Slot Santapan Minda
9. Ucapan Pengetua / Pentadbir Bertugas
10. Nyanyian Lagu Negeri Kedah
11. Majlis Bersurai
Perhimpunan Harian
1. Bacaan Al-Mathurat
2. Ucapan Alu-aluan Guru Bertugas
3. Program MBMMBI / 55 Minit Anti Dadah
4. Pengumuman
5. Bacaan Doa
6. Majlis Bersurai
Perhatian kepada guru bertugas :
1. Perjalanan perhimpunan diuruskan sepenuhnya oleh Guru Perhimpunan dan Guru Bertugas dengan
dibantu oleh Pengawas.
2. Semua murid dan guru berada di tapak perhimpunan pada pukul 7.15 pagi.
3. Perhimpunan Pagi akan diurus oleh Guru Penyelaras Perhimpunan Harian dan berlangsung dari pukul 7.20
hingga 7.40 pagi.
4. Murid berdiri dalam barisan yang lurus sepanjang masa dan diawasi oleh pengawas dan Guru-Guru
Disiplin.
5. Penerima hadiah mesti bersedia untuk menerima hadiah. Sekiranya penerima hadiah tidak hadir, wakil
perlu dicari dan bersedia.
6. Pastikan tapak perhimpunan sentiasa bersih dan ceria (minta bantuan murid jika perlu).
7. Sediakan laporan perhimpunan mingguan dan hantarkan laporan ke pejabat.
8. Guru Perhimpunan dan Guru Bertugas perlu mengendalikan perhimpunan dan peka terhadap semua aspek
yang berkaitan:
Menyemak skrip murid untuk slot tertentu
Kelancaran pengumuman-mengedit dan menyampaikan pengumuman dalam bahasa yang lancar
dan betul
Sistem Siaraya (bekerjasama dengan AJK Siaraya)
Disiplin murid terkawal (bekerjasama dengan AJK Disiplin dan Lembaga Pengawas)
Mengurus selia Program Demi Masa (Murid Lewat) dan Program Halawatul Iman (Peningkatan bacaan
dalam solat)
Nota : Perhimpunan sekolah adalah upacara rasmi sekolah.
4.20 TANGGUNGJAWAB GURU-GURU BERTUGAS MINGGUAN
i. Bilangan Guru Bertugas
Empat (4) orang guru akan bertugas pada setiap minggu. Ketua kumpulan dihendaki melengkapkan
Borang Guru Bertugas Mingguan dan mempamerkan borang tersebut di pejabat sekolah dan Bilik Guru
sebagai rujukan guru dan murid. (rujuk contoh pada lampiran)
ii. Masa
Mulai hari Ahad hingga hari Khamis dari jam 7.20 pagi hingga 2.30 petang setiap hari.
iii. Tatatertib
31

