Page 32 - Pengurusan
P. 32

Guru-guru bertugas bertanggungjawab ke atas pelaksanaan peraturan dan tatatertib sekolah untuk
         minggu berkenaan khasnya, juga pada masa perhimpunan dan masa rehat, mengawasi pintu pagar
         pada waktu pagi dan pulang sekolah. Mereka hendaklah juga mengawasi pengawas-pengawas yang
         menjalankan tugas masing-masing di tempat-tempat yang dikhaskan.Pada umumnya mestilah diawasi
         semua murid agar mematuhi segala peraturan serta disiplin sekolah.

iv. Perhimpunan

         Guru-guru yang selesai bertugas pada sesuatu minggu hendaklah :

         a) Membuat pengumuman atau ulasan tentang perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang
             minggu semasa mereka bertugas.

         b) Membuat pengumuman atau laporan mengenai kegiatan-kegiatan luar darjah dan sukan, jika
             diperlukan oleh guru-guru yang berkaitan. (Boleh dirundingkan terlebih dahulu dengan pihak
             pentadbir tentang apa-apa yang difikirkan perlu)

 v. Aktiviti Kokurikulum

         Kehadiran guru-guru bertugas adalah penting pada masa kegiatan luar bilik darjah atau lain-lain hal
         dijalankan di sekolah, seperti kegiatan sukan / permainan, perjumpaan persatuan / kelab / pasukan
         beruniform, kelas tambahan dan sebagainya. (Sila sebutkan dalam laporan tentang butir-butir kegiatan
         berkenaan)

 vi. Hal Ehwal Murid

         Guru-guru bertugas adalah bertanggungjawab membawa murid-murid yang perlu ke hospital/ klinik atau
         untuk pulang atau keluar dari kawasan sekolah. (Borang / buku khas disediakan)

 vii. Lain-Lain Hal

         a) Jika ada hal-hal penting berlaku seperti kemalangan, kerosakan, kecurian dan sebagainya, jika
                perlu hendaklah dilaporkan kepada Pengetua atau guru-guru tugas khas untuk tindakan
                selanjutnya.

         b) Guru-guru bertugas adalah berkewajipan bersama-sama menyediakan satu laporan tugas harian
                yang lengkap dan sempurna.

         c) Semua guru hendaklah memberi bantuan dan kerjasama yang sewajarnya kepada guru-guru
                bertugas.

 viii. Bidang Tugas

         a) Laporan Guru Bertugas

                1. Satu laporan ringkas perlu di laporkan pada perhimpunan rasmi sekolah pada setiap hari
                      Ahadpagi oleh guru bertugas yang berkenaan.

                2. Laporan perlu meliputi perkara-perkara yang telah dicatat oleh guru bertugas di dalam Buku
                      Laporan Harian.

         b) Panduan Menulis Laporan Harian

                1. Guru bertugas bertanggungjawab menulis satu laporan harian yang lengkap.
                2. Laporan berkenaan hendaklah disertakan dengan hari dan tarikh jangka masa bertugas,

                      namapenuh guru bertugas serta tandatangannya di akhir laporan.
                3. Laporan hendaklah dibuat dalam satu buku yang disediakan dan boleh didapati dari pejabat

                      sekolah. Buku Laporan hendaklah diserahkan kepada Pengetua di pejabat sekolah sebelum
                      jam 2.00 petang tiap-tiap hari.
                4. Guru-guru bertugas pada minggu berikutnya pula hendaklah melaporkan diri bagi
                      mendapatkan buku laporan dan lain-lain buku/fail berkaitan.
                5. Di bawah ini disediakan aspek-aspek yang perlu dibuat catatan sebagai panduan bagi guru-
                      guru bertugas menyediakan laporan harian.

                      5.1 Perhimpunan

                      a) Pengumuman dari guru-guru, setiausaha sukan, setiausaha sekolah dan
                            sebagainya.

                                                   32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37