Page 5 - Pengurusan
P. 5

3. SEKAPUR SIREH PENGETUA

 Salam sejahtera, Guru-guru dan staf sokongan yang dihormati.

     Selamat menempuh tahun 2019 dengan penuh keazaman dan komitmen tinggi
demi memartabatkan kecemerlangan sekolah. Sama-samalah kita bekerjasama dalam
satu pasukan agar segala perancangan, pelaksanaan dan penambahbaikan yang
dilakukan adalah untuk kebaikan semua pelajar.

     Jadikan Buku Panduan Pengurusan Sekolah (PPS) ini sebagai rujukan utama
agihan tanggungjawab, bidang tugas dan tatacara tindakan yang patut dilakukan.
Pemahaman tentang tanggungjawab amat penting sebagai satu natijah untuk
mencapai kejayaan. Biarlah kita saling bantu membantu dalam satu pasukan agar
organisasi sekolah yang kita berada akan berjalan dalam keadaan yang cukup lancar
dan sempurna.

    Hasrat Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan
Daerah untuk melonjakkan sistem pendidikan bagi menyelusuri revolusi industri 4.0
sewajarnya kita sambut dengan hati yang terbuka. Bukan bilangan A yang dikejari
tetapi pembinaan watak murid bernilai manusiawi amat dituntut sekarang. Mereka tahu
membezakan nilai baik dan buruk demi mendepani pelbagai cabaran global yang bakal
ditempuhi.

   Marilah kita seiring dan sederap bekerja seikhlasnya walaupun banyak cabaran dan
rintangan yang terpaksa dilalui. Jadilah sekolah sebagai ladang untuk bercucuk tanam
segala nilai kebaikan dan kebajikan . Jutaan akhirat sedang menanti anda semua.
Terima kasih banyak kepada AJK yang berusaha merancang dan meyiapkan Buku
Panduan Pengurusan Sekolah tahun 2019 ini. Sama-samalah kita menghayati konsep
BAYU... Bersama Akademik Yang Unggul.

“GURU HEBAT,KERJA BERKAT,MURID,SEKOLAH MEMIKAT”

Salam hormat daripada saya.
ZAHRI BIN ZAKARIA
Pengetua
SMK Teluk Bayu

                                                          5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10