Page 7 - Pengurusan
P. 7

4.2. PROFIL SEKOLAH

         Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bayu adalah sebuah sekolah menengah
harian kategori luar bandar yang telah dibuka pada dengan rasminya pada 1.1.2012
dengan kos berjumlah RM 12 juta dan keluasan 11.5 hektar. Kawasan persekitaran
sekolah ini mempunyai Blok A, B1, B2, C, D dan E yang menempatkan sebuah dewan,
makmal ICT, makmal Sains, bengkel Kemahiran Hidup, surau, bilik-bilik khas dan bilik
darjah dengan kapasiti 24 buah. Lokasi sekolah ini adalah kawasan luar bandar yang
terletak dalam bandar Sungai Petani dalam daerah Kuala Muda,Kedah.

            Pada peringkat awal, SMKTB hanya terdiri daripada seorang Penyelia
Sekolah, seorang guru Bimbingan dan Kaunseling dan 19 orang guru penolong dan
dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (PT), seorang Pembantu Am Pejabat (PAP)
dan 3 orang Pembantu Makmal. Kedudukan strategik sekolah ini yang berdekatan
dengan kawasan perumahan dan fasiliti yang serba baru dan lengkap menjadi pilihan
ibu bapa menghantar anak jagaan mereka di sekolah ini.

         Pengambilan pertama murid tingkatan 1,2 dan 4 sahaja iaitu seramai 393
orang pada tahun 2012. Pada tahun 2013 SMKTB mula membuat pengambilan murid
tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan jumlah muridnya seramai 600 orang. Mulai 2 Mei
2014 kelas Pendidikan Khas telah diperkenalkan dengan jumlah muridnya seramai 6
orang dan 2 orang tenaga pengajar.

                Mulai tahun 2013 kumpulan pertama murid-murid sekolah ini telah
menduduki peperiksaan SPM dan PMR.

SPM  Tahun       Jumlah Calon  Gred Purata  Peratus Lulus
                               Sekolah
           2013         108                      42.99%
           2014         103           6.83       45.57%
           2015         120           6.47       41.03%
           2016         113           6.42       51.79%
           2017         137           5.78       48.53%
                                      6.38

PMR  Tahun       Jumlah Calon  Gred Purata  Peratus Lulus
PT3                              Sekolah
     2013              136          3.39        46.62%
     2014              133          3.15        22.73%
     2015              172          3.61        30.77%
     2016              128          3.70        31.50%
     2017              113          3.68        35.71%
     2018              142          4.01        15.60%

Sehingga kini jumlah murid sekolah ini ialah seramai 598 orang iaitu dari Tingkatan 1
hingga 5 dan Kelas Pendidikan Khas Integrasi .Untuk itu pengurusan pentadbiran
SMKTB telah merancang dan mengatur pelbagai strategi bagi menjulang nama
SMKTB di peringkat daerah. Dengan seramai 49 orang tenaga pengajar dan 8 orang
staf sokongan SMKTB diharap dapat mengorak langkah dan bersaing di persada
pendidikan negara agar dapat membentuk murid yang bertanggungjawab, berilmu,
beriman dan beramal selaras dengan nilai-nilai hidup masyarakat di Malaysia.

                                                          7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12