Page 82 - Pengurusan
P. 82
7.9 PROSEDUR TINDAKAN DALAM MENJALAN KUASA DISIPLIN
LANGKAH PROSES TINDAKAN
1 Menerima aduan daripada pengadu. Guru Disiplin/ Guru yang
diberi kuasa
2 Membuat siasatan untuk mendapatkan maklumat, bukti- Guru Disiplin
bukti dan saksi-saksi.
3 Jika siasatan menunjukkan tiada asas, maka kes Pengetua/ Guru Besar/
digugurkan / ditutup. Guru yang diberi kuasa
Sekiranya ada asas kes, pihak sekolah perlu meneruskan
dan menghubungi ;
3.1 ibu bapa/ penjaga murid yang disyaki melakukan
kesalahan dan menjelaskan kesalahan yang disyaki
dilakukan.
3.2 pihak polis sekiranya kesalahan yang murid lakukan
serius dan perlu dilaporkan.
3.3 JPNM sekiranya kes tersebut melibatkan laporan
polis atau siaran media.
4 Sekiranya keputusan mahkamah telah dibuat, maka pihak Pengetua/ Guru Besar/
sekolah perlu mengambil tindakan; Guru Disiplin
4.1 Menutup kes terhadap murid yang melakukan
kesalahan sekiranya pihak mahkamah telah
menjatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang
berkaitan.
4.2 Mengambil tindakan disiplin selanjutnya kepada
murid yang melakukan kesalahan sekiranya pihak
mahkamah menyerahkan kepada budi bicara
sekolah untuk mengambil tindakan.
5 Tindakan dan keputusan kes oleh Pengetua/ Guru Besar/ Pengetua/ Guru Besar/
Guru yang diberi kuasa: Guru yang diberi kuasa
5.1 Murid yang melakukan kesalahan perlu diberi
penjelasan mengenai kesalahan yang dikatakan
telah dilakukan olehnya.
5.2 Murid perlu diberi peluang untuk menafikan dan
menjelaskan kesilapan ”right to be heard”.
5.3 Murid dibenarkan mengemukakan rayuan terhadap
hukuman yang dikenakan sekiranya didapati
bersalah.
5.4 Hukuman yang dikenakan hendaklah adil ”rule
against bias” setelah memberi pertimbangan kepada
penjelasan kesalahan murid dan perkara-perkara
lain yang berkaitan.
5.5 Ibu bapa/ penjaga murid hendaklah dimaklumkan .
mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan.
82

