Page 15 - 家协大会小册子(latest)
P. 15
1.12 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas sumbangan dan bakti kepada SJK(C)
Bandar Sungai Long. Beliau berharap pemilihan dijalankan dengan adil dan saksama untuk menubuhkan
PIBG yang berkaliber dan dapat bekerjasama dengan Lembaga Pengurus Sekolah untuk mengembleng
tenaga untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni.
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG ( Encik Lee Kok Hoon )
2.1 Encik Lee Kok Hoon mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat
Agung PIBG ke-5.
2.2 Pihak PIBG berpegang teguh kepada matlamat “Memajukan SJKC Bandar Sungai Long”. Semua ahli
bekerjasama untuk menjaga kebajikan murid dan melaksanakan aktiviti PIBG.
2.3 Berterima kasih atas penglibatan dan sokongan semua pihak untuk mewujudkan Sekolah Bestari,
memasang jalur lebar, membina tempat menunggu berteduh, mewujudkan sudut “Kebunku”, membina
laluan masuk pintu A dan B serta membantu Lembaga Pengurus Sekolah untuk pembinaan Pusat
Serbaguna Sekolah.
2.4 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah dan
pihak sekolah yang berganding bahu dalam menaik taraf kemudahan sekolah dan memajukan sekolah.
2.5 Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang berani menyahut cabaran dan berusaha membimbing
murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum demi menuju ke arah sekolah cemerlang.
2.6 Dokumen-dokumen berkaitan dengan kes perbicaraan di mahkamah perlu diserah kepada YDP PIBG
yang dipilih pada hari ini.
3. Ucapan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ( Encik Leong Kam Meng )
3.1 Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5.
3.2 Pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur sekolah adalah atas kerjasama antara pihak PIBG, pihak
Lembaga Pengurus Sekolah dan pihak sekolah mendorong murid-murid mendapat keputusan yang
cemerlang dalam bidang akademik dan sukan.
3.3 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan guru. Sebanyak
RM10000 telah diperuntukkan untuk mengupah guru ganti setiap bulan. Peruntukan ini dari aktiviti-
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah seperti Peruntukan Khas dari
Kerajaan, Hari Jualan Bazar dan kutipan derma.
3.4 Berharap ibu bapa dapat memberi komitmen kepada pihak sekolah untuk menangani masalah yang
dihadapi.
3.5 Naik taraf Pusat Serbaguna Sekolah. Menyeru semua pihak untuk menyewa Pusat Serbaguna Sekolah.
15

