Page 13 - 家协大会小册子(latest)
P. 13
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KELIMA
SJK(C) BANDAR SUNGAI LONG
TAHUN 2020
Tarikh :07 Mac 2020
Masa :9.00 pagi
Tempat :Pusat Serbaguna SJK(C) Bandar Sungai Long
Pengerusi :Encik Lee Kok Hoon
Pencatat :Cik Wong Wen Chyi, Cik Amanda Wong Seow Jyun, Cik Wong Yin Yong,
Cik Ng Hui Mei, Pn Wong Ming Yin
Turut Hadir :Encik Leong Kam Meng (Pengerusi LPS), Encik Tay Yuh Tzong (Penasihat
PIBG)
Kehadiran : 141 orang
1. Ucapan Guru Besar ( Encik Tay Yuh Tzong )
1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-5.
1.2 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Encik Leong
Kam Meng, Pengerusi PIBG Encik Lee Kok Hoon, AJK LPS dan PIBG, penolong-penolong kanan, guru-
guru, ibu bapa dan murid-murid yang memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk membangunkan sekolah.
1.3 Guru Besar menyeru ibu bapa giat menyertai aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah
bersedia menerima pandangan daripada ibu bapa, membantu menangani masalah yang dihadapi oleh
murid-murid.
1.4 Guru Besar berharap semua pihak bekerjasama dan berusaha bersama-sama membangunkan sekolah
mencapai 5 objektif utama iaitu:
i) Meningkatkan sistem pentadbiran sekolah
ii) Meningkatkan tahap pencapaian akademik murid-murid
iii) Meningkatkan tahap pencapaian kokurikulum murid-murid
iv) Meningkatkan tahap kerohanian murid-murid
v) Meningkatkan tahap prasarana dan kemudahan sekolah
1.5 SJK(C) Bandar Sungai Long terpilih untuk menyertai Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
Sejajar dengan Pendidikan Abad ke21, guru-guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan aktiviti
berkumpulan digalakkan dalam sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Sekolah akan berusaha
meningkatkan kualiti murid dan rancangan program agar sekolah menuju ke arah tersebut dan mencapai
matlamat dan hasrat KPM.
1.6 Laporan pengurusan sekolah
1.6.1 Pusat serbaguna sekolah baru siap dibina. Pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti di pusat
serbaguna.
1.6.2 Rancangan pendek sekolah yang ingin dijalankan termasuk membina pejalan kaki
berbumbung, meningkatkan sistem lalu lintas dan membina bilik khas.
13

