Page 2 - Nota Ilmu Tajwid
P. 2
Definisi Ilmu Tajwid
DEFINISI ILMU TAJWID
Dari segi bahasa, tajwid memberi maksud memperelokkan atau mencantikkan sesuatu
Dari segi istilah pula, tajwid bermaksud mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya
dengan betul dan menjaga sifat-sifatnya
Dari kedua-dua definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa ilmu tajwid ini dipelajari untuk
memperelokkan bacaan Al Quran dengan cara menyebut setiap huruf dengan betul dan
tepat iaitu dengan mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya serta menjaga sifat-
sifatnya.
Mengapa Perlu Belajar Tajwid :
Hukum membaca Al-Qur'an dengan bertajwid adalah fardu 'Ain dan wajib kepada setiap
umat Islam. Tujuan mempelajari ilmu tajwid adalah untuk membetulkan bacaan Al-
Qur'an. Pembacaan Al-Qur'an hendaklah dilakukan dengan cermat, baik den
teliti.Kesilapan pada makhraj atau sifat huruf Al-Qur'an akan mengubah maksud ayat
tersebut. Oleh itu, kita hendaklah mempelajari dan mendalami ilmu tajwid agar
kemuliaan Al-Qur'an akan terpelihara.
5 Bahagian MAKHRAJ HURUF Yang Wajib Anda Tahu!
Pengertian Makhraj
Makhraj adalah daripada perkataan Bahasa Arab (Kharaja) yang bermaksud
tempat keluar.
Kharaja = Keluar
Makhraj = Tempat Keluar
Ini bermakna, Makraj Huruf = Tempat Keluar Huruf
Tempat keluar huruf
Untuk huruf-huruf Alquran, ada 5 makhraj hurufnya iaitu.

