Page 4 - Nota Ilmu Tajwid
P. 4

Makhraj Huruf Kedua –

               Lidah (Makhraj Lisani)
































               Ini adalah tempat makhraj huruf bagi kebanyakan huruf Alquran, ada 18
               huruf yang terlibat iaitu:
                   •  Pangkal lidah dekat kerongkong menyentuh bahagian ‘anak tekak’ atau
                       berada di atas peti suara:  ق

                   •  Pangkal lidah menyentuh langit-langit belakang:  ك
                   •  Lidah bahagian tengah menekan langit-langit atas:  ي,              ش     ,     ج

                   •  Hujung lidah dirapatkan pada Gigi Geraham atas, dan Tepi Lidah (kiri dan
                       kanan) ditekan ke Gigi Geraham:  ض
                   •  Hujung permukaan lidah ditekan ke Gusi di atas Gigi Kapak atau Gigi Atas
                       Bahagian Tengah:  ل

                   •  Hujung lidah ditekan sedikit lebih ke atas dari makhraj Lam:  ن
                   •  Hujung lidah dinaikkan ke langit-langit atas sedikit melengkung, sehingga
                       terlihat lidah bahagian belakang :  ر

                   •  Hujung lidah ditekan ke Pangkal Gigi Kapak bahagian atas :   د , ط            ت     ,

                   •  Hujung lidah ditekan ke belakang Gigi Kapak bahagian bawah :   س,                 ص     ,     ز
                   •  Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di ujung Gigi Kapak bahagian
                       atas:  ظ,ث   ذ     ,
   1   2   3   4   5   6   7   8