Page 118 - mewarna pelangi
P. 118

“Asri,  kau  harus  terima  hakikat  bahawa  kau  kini  telah  dimiliki

                   oleh Rosnani!”





                          “Tapi, aku amat menyayangimu, Zarah,” sanggah Asri pula. Zarah

                   lantas  terperanjat  bila  mendengar  kata-kata  yang  terkeluar  daripada


                   mulut Asri.




                          “Kaulah satu dalam hidupku!”




                          Zarah tambah teracung.




                          “Asri, kau sedar tak apa yang kau cakapkan, ni??”




                          “Ini  adalah  satu  kenyataan!”  ucap  Asri  bertubi-tubi  kali.  Sambil

                   terus  memegang  erat  tangan  Zarah.  Seolah-olah  sukar  melepaskannya


                   pergi dari sisi.




                          Zarah  sebaliknya  diam  membisu  seribu  bahasa.  Kesejukan  alat

                   penghawa dingin mengepung seluruh ruang restoran. Kesegaran hingga


                   terasa menampar permukaan kulit dengan begitu ketara sekali.




                          “Asri ...,” ucapnya perlahan bagai tak bermaya lagi. Kedua-dua biji

                   mata mereka saling berlaga.





                                                             118
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123