Page 18 - mewarna pelangi
P. 18

“Ia  juga  menyalurkan  kritikan  dan  pengajaran.”  Aku  memegang

                   kedua-dua  hujung  ranting  kayu  mati.  Serta  pantas  mematahkannya


                   kepada  dua.  Kemudian  menekan-nekan  permukaan  pasir  hingga


                   meninggalkan kesan-kesan titik.




                          Saripah sekadar memerhatikan sahaja gelagatku itu.




                          “Ada  setengah  orang  berpendapat  bahan  bacaan  yang  berunsur

                   kritikan dan pengajaran tidak bermutu untuk dibaca.”




                          “Mereka       sebenarnya        tidak      tahu      menilai      dari     segi


                   penyampaiannya.”




                          “Sama  juga  dengan  penulisan  kreatif.”  Dia  menyelami  persoalan

                   ini dalam-dalam.




                          “Saya sangat mengagumi, Azman.” Saripah berterus-terang.




                          Aku sebaliknya tidak menunjukkan sebarang riak yang bangga.





                          “Kenapa  Saripah  kata  begitu?”  Aku  merendah  diri.  Sifat  yang

                   paling mulia dipandang Tuhan.







                                                             18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23