Page 222 - mewarna pelangi
P. 222
Aku lantas mengangkat muka tinggi sedikit memandang Saripah
dan berkata:
“Silakan!”
“Terima kasih,” balasnya sambil tersenyum kecil saja.
Senyap.
Dengan rasa penuh bersyukur kami menikmati rezeki yang telah
dikurniakan oleh Allah SWT. Tingkah sudu dan garpu jelas kedengaran
sekali. Suasana di kantin tetap tenang seperti biasa menerima
kunjungan pelanggannya.
Selepas makan, kami berdua tidak lupa untuk mengucapkan
kalimah Alhamdulillah. Kerana bebas daripada sebarang bencana
kebuluran dan kelaparan. Tidak seperti yang sedang berlaku di Ethiopia,
Negara Afrika. Yang menjadi mangsa bukan sahaja orang dewasa
malahan juga kanak-kanak. Kematian boleh dikatakan sering meningkat
dari sehari ke sehari. Walaupun negara-negara maju menghulurkan
bantuan makanan dan kewangan namun masalah ini tetap tidak dapat
diatasi. Ini amat menghairankanku. Mungkin satu ujian daripada
Tuhan.
222

