Page 60 - mewarna pelangi
P. 60
BAB 6
Hari Ahad. Sudah menjadi kebiasaan aku bangun awal untuk
menunaikan solat Subuh. Selepas menunaikan solat Subuh, aku lebih
gemar menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran. Kemudian aku
akan keluar untuk bersarapan pagi di gerai yang terletak tidak jauh dari
rumah.
Seperti biasa aku akan memesan nasi lemak dan teh tarik.
Selepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak
bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja
di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas melabuhkan punggung di
atas kerusi sofa yang lembut berwarna biru air laut itu. Aku
kemudiannya lalu membuka helaian suratkhabar satu persatu untuk
mengikuti perkembangan semasa yang sedang berlaku di dalam dan
luar negeri.
60

